? ??????????????Last Beat? ????? ?? ???Rating: 3.8 (11 Ratings)??5023 Grabs Today. 8545 Total Grabs. ?????
?Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Colorful Twist? ????? ?? ???Rating: 4.5 (66 Ratings)??4148 Grabs Today. 30289 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ??????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, January 24, 2011

Terima kasih mak

Kalau nak kira mak aku la harta yang paling mahal, paling berharga, tak de nilai yg
boleh disamakan dengannya. aku cukup rapat ngan mak aku, dia lah yang tahu dan
ambil tahu kehendak anak-anaknya. cukup memahami... abah aku orangnya agak garang
masa kami kecik-kecik dulu, pernah kami kena pelangkung dengan dia sebab lambat
mandi pagi nak p sekolah. sejak hari tu aku dah kurang sket ngan abah. apa-apa
masalah aku ngadu ngan mak. mak laa tempat aku bercerita suka duka, mintak tolong
buat keja sekolah. mintak duit belanja. kena buli ngan kawan, semuanya mak.
ngan abah, jangan kata nak mintak, nak bersembang pun tak berani. abah pepagi
lepas hantar kitorang p sekolh dia p ladang, tengah hari atau petang baru balik.
abah akan rehat kekadang tidur kat pangkin bawah pokok moktan tepi umah. macam tu
la abah hari-hari, kami jarang dapat dengar suara dia, tapi kalau dia dah bukak
mulut memang kena. masa tu kekadang aku rasa ngapa la aku ada abah, kalau ada mak
je kan bagus. tapi mungkin jugak abah jadi gitu sebab keadaan hidup kami, kami
dulu org susah abah hanya peneroka felda, kerja teruk tapi pendapatan tak seberapa.

untuk tampung perbelanjaan keluarga dan belanja sekolah kami, mak buat nasik lemak
ngan kuih tepung bungkus. pkul 5 pagi mak dah bangun bungkus nasik. pepagi lepas
hantar kitorang p skolah abah singgah letak nasik lemak ngan tepung bungkus kat
kedai makan tepi sekolah. masa tu nasik lemak sebungkus abah jual 30 sen kuih
tepung bungkus 15 sen. kekadang tu aku bawak gak 2,3 bungkus nasik lemak jual kat
kawan sekelas dapat duit belanja lebih hari tu. aku dpat duk ngan mak sampai
tingkatan 3, pastu aku masuk asrama vokesional temerloh. tapi tetiap minggu balik
kampung, sebab nak makan masakan mak, keras tengkuk aku duk makan nasik kawah,
ikan jeket ngan sawi balak kat asrama. petang jumaat balik kampung sampai umah
terus cari nasik. mak setiap jumaat dia dah tau, dia akan goreng ikan plaklin
(ikan temenung), sayur togeh, ulam togeh ngan kacang botol, sambal belacan lada
besar. tu je favored aku, ada set tu... mamang makan tak ingat punya. kekadang
tu mak masak kari ayam cair. kalau kena yg tu, sehari 3,4 kali ulang makan nasik.
duk asrama 2 taun lepas spm aku kerja sementara kat tekam resort, nama je resort
sebenarnya aku kerja dalam ladang gak banci pokok. gaji rm400. tu la pendapatan
pertama hasil titik peluh aku sendiri. hari ambik gaji tu seronok bukan main
macam-macam dah plan nak beli barang. benda yang paling aku teringan masa tu,
pancing guna mesin. dapat duit terus p pekan beli, ingat lagi... harga pancing
tu rm75 satu set.

balik rumah petang tu duit lebih bagi kat mak, sebab aku dah janji nak bagi duit
pertama aku kat mak, bayar balik duit minyak moto yang aku mintak kat dia tetiap
ari p kerja. menitik air mata mak bila dia pegang duit aku bagi tu. aku ingat
lagi masa tu dia kata "ni bukan duit minyak moto, ni duit kerja anak ma,
alhamdullillah dapat dah ma merasa duit anak-anak". aku kerja tak lama, aku dapat
surat tawaran p uitm (masa tu masih ITM) shah alam jurusan elektrik panggilan
pertama. masa tu aku baru balik keja, siap mandi, pastu makan. mak masak sedap
tengah hari tu. tengah makan mak cakap "haa.... makan puas-puas, nanti lambat
pulak dapat makan macam ni", aku tanya ngapa. mak kata ada surat kat depan. dan
dan aku p ambik baca. melompat aku masa tu. aku tunjuk kat mak. dia kata dia
dah baca tadi. berair mata mak masa tu, kata dia... lepas dah anak ma 2 orang,
tinggal 2 lagi tu tak tau macam mana. perbelanjaan aku masuk itm masa tu abg
sulung aku tanggung. masa tu dia di jepun study dan buat kerja part time jadi DJ.
masa aku part 4, mak bersalin adik perempuan. kelahiran paling gembira bagi
keluarga kami. sebab sebelum ni kami 4 beradik lalaki. abah la orang paling
gembira dah lama dia nak anak perempuan. adik perempuan ni jugak telah buat
perubahan pada diri abah. abah dah tak macam dulu. sesekali aku balik.. abah,
aku tengok abah yang mengasuh adik lebih dari mak. syukur pda tuhan harap adik
tak merasa seperti apa yang kami rasa dulu. setahun lepas adik lahir mak sakit.
tapi tak de la teruk sangat, cuma p klinik je. lepas sebulan lebih sakit mak tak
sembuh. abah bawak pegi pada pakar kat hospital mentakab. diarang ambik semple
darah. lepas seminggu diorang panggil p hospital semula, dah dapat keputusan.
ya Allah, mak disahkan kena barah payu dara. doktor kata, untuk selamat mak kena
operate selewat-lewatnya dalam tempoh sebulan. bermula dari hari tu kami
sekeluarga tak senang duduk terutama abah. merata dia cari tempat untuk berubat,
sebab kalau boleh kami tak nak mak di operate.

mak tetiap hari menangis, bukan sebab sakit, tapi sebab dia risaukan adik
perempuan yg masih kecik, apa nasib adik bila dia tak de nanti. aku cukup tak
tahan bila setiap kali mak tinggal pesan. "mie... nak bancuh susu adik bubuh susu
2 sudu je. mie.... kain batik ma ada 3 lai yang baru dalam almari, nanti orang
datang bukak ambik". air mata memang tak leh tahan. sampai masa mak terpaksa
operate jugak. doktor kate kuman kanser tu dah merebak ke paru-paru. masa tu aku
ambik cuti seminggu dengan dekan. balik kampung kena jaga adik. lepas operate
mak dah mula jadi lemah kesian sangat aku tengok doktor nak buat kemo, tapi tak
boleh sebab badan mak trlampau lemah. lepas 2 minggu mak kat spital. dia dah
beransur baik. abah bawak balik. mak rihat kat umah, tapi tak sepenuhnya, makan
masih berpantang. mak boleh berjalan, boleh buat kerja rumah macam biasa. tapi
tak lama, dalam sebulan lebih lepas tu mak pengsan tiba-tiba. abah bawak p
hospital jengka.

bermula hari tu... keadaan mak makin hari, makin teruk. seminggu mak kat spital.
kemudian doktor bagi balik, keadaan mak elok sket, tapi mak dah tak boleh berjalan
masa tu. kena guna kerusi roda. 2 hari je mak sempat duk umah, pas tu abah
terpaksa bawak mak p hospital semula, sebab keadaan mak terlalu lemah, mata tak
bleh bukak, dah tak bleh bercakap, mak tak makan sejak balik umah. masuk makanan
mak muntah.

doktor kata penyakit mak dah teruk, kuman dah merebak ke paru-paru dan hati.
sebab tu mak tak boleh makan. selama di spital mak hidup dengan air dan ubat
saja. sayunya aku tengok muke mak dah cengkung, nafas tercungap-cungap. tapi
masa tu mak boleh bercakap. satu yang aku amat kagum dengan mak, walaupun dia
menderita sakit. tak pernah dia sebut yang dia sakit. kami berbual macam biasa.
macam tak de apa-apa boleh buat lawak, gelak lagi. walhal aku tau yang dia
menanggung sakit yang amat sangat. doktr ada terangkan pada kami adik beradik
macam mana nak jaga org sakit barah. doktor kata penyakit ni panas, lebih panas
dari suhu bila kita demam, kemudian semua sendi satu badan akan sakit, perut rasa
lapar tapi tak boleh makan. penglihatan akan kabur, disebabkan paru-paru mak dh
rosak, bila dia bernafas dia akan rasa sakit. seksanya mak. tapi dia tak tunjuk
kesakitan dia pada anak-anak. cuma bila dia tengok adik, dia akan menangis. aku
pun sama akan ikut menangis bila tengok mak peluk adik. semakin hari keadaan mak
semakin teruk .... aku ambik keputusan untuk cuti satu sem. abg di jepun pun
balik. hati mak dah mula membengkak. perut dia buncit macam di pam. berkilat
dan boleh nampak urat. mata mak dah tak terang, bila dia tengok satu-satu benda,
dia akan nampak seperti ada benda macam semut tengah merayap. dan masa tu juga
pemikiran mak dah tak berapa normal. dia tak kenal dah orang yg pegi melawat dia,
kecuali kali anak-anak dia. ada satu masa, aku tengah urut tangan dia, dia sapu
kepala aku macam ada benda atas kepala aku, aku tanya kenapa. mak kata ada habuk
penuh atas kepala aku jadi dia nak sapu buang. masa tu jugak merambu air mata
aku. walaupun dia menderita sakit, dia masih semangat menjaga kebajikan dan
kebersihan anak dia. hampir 3 bulan mak kat spital jengka, dan selama tu la kami
sekeluarga berumah di sana. semua misi, doktor dah kenal.

selama tu jugalah kami adik beradik jaga mak, urut dia, bagi makan ubat, mandikan
dia, tukarkan baju dan segalnya walaupun kami lelaki jururawat kat situ dah tak
kesah. memulanya mereka memang tak bagi orang lelaki masuk wad wanita lepas
waktu melawat. kami jumpa doktor dan ketua dia jururawat, mintak kebenaran sebab
kami tak de adik-beradik pompuan kemudian mak perlukan org tunggu 24 jam, sebab
bila mak kejang kena ada org urut dia dan ni lah saja peluang yang kami ada nak
balas jasa mak sementara hayatnya masih ada. akhirnya mak kami bawak balik ke
umah. sebab mak kate dia tak nak mati di hospital, dia nak mati di rumah sendiri,
nak tengok anak-anak dia suami dia. mintak ngan doktor, doktor benarkan. doktor
kata mak dah tak de harapan. bila mak sampai rumah. suatu keajaban berlaku, mak
mintak makan, kemudian ingatan dia normal semula. cuma mata dia ja masih kelabu.
dia makan, kami bagi semua makanan yg dia suka, apa yang dia sebut kami cari.
kami ambik semua baju baru mak kami pakaikan pada dia. mak sembang ngan semua
orang, mintak maaf ngan semua. mak terpaksa baring mengiring, sebab perut dia
smakin membesar. lebih kurang seminggu mak kat rumah.

mak nazak. hari tu pagi sabtu. nafas mak tersekat-sekat... masa tu mak dah dak
boleh bercakap, suara dia keluar amat perlahan. kita kena letak telinga kat mulut
dia baru dengar. tengah hari tu kami dah tak sampai hati lagi tengok mak dalam
keadaan tu, seksa sangat, umpama ikan dilempar ke darat. kami sekeluarga
berbincang. tanya pendapat orng tua dan buat keputusan, agaknya hari ni sampailah
masa tamatnya penderitaan mak sekian lama. kami dah tak sanggup tengok mak
terseksa lebih lama. kami adik-beradik dan abah pegi pada mak. kami mintak ampun,
mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, mintak halal makan minum kami,
mintak halal air susu yang kami minum. "ma... emie mintak ampun, mintak maaf
segala dosa emie pada ma, dari hujung rambut sampai hujung kaki. emie mintak
halal makan minum emie selama ni, emie mintak halal air susu yang emie minum"
banyak lagi aku nak sebut pada mak tapi tak terkeluar dari mulut. Ya Allah
kenapalah jadi macam ni. kami kucup dahi mak.... kami cium tapak kaki mak. air
mata mak mangalir. kami letak adik tepi mak. bagi mak cium adik. sayunya aku
tengok. air mata mak mengalir bila tengok adik. kesian adik lepas ni dia dah
tak dapat jumpa mak. tak dapat merase kasih sayang mak. mak bisikkan sesuatu
pada abah. air mata abah mengalir. nilah seumur hidup aku nampak abah menangis.
abah kucup dahi mak. kemudian dengan amat terpaksa kami terlentangkan mak. aku
terpaksa, kami terpaksa. kami syangkan mak. tak nak seksa mak. tak lama mak
sesak nafas. abah ajar mak mengucap. Allahhuakbar seksanya menuju kematian,

Innalillahiwainnahiro-jiun..... ibu tercinta pergi buat selamanya.........

Maaf, setakat ini sahaja sanggup saya tulis kisah ini..... linangan air mata dan
Al-Fatihah sebagai noktahnya.

INGAT.... IBU KANDUNG HANYA SEORANG SAHAJA DI DUNIA INI, JIKA TIADA. MAKA
TIADALAH GANTINYA. SYURGA ITU DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU.

KEPADA MEREKA YANG MASIH MEMPUNYAI PELUANG.... AMBILLAH PELUANG INI, CIUM TANGAN
IBU MINTAK AMPUN. JANGAN TUNGGU HARI RAYA JE... TAKUT TAK SEMPAT.

AKU... HANYA MAMPU MENGUCUP BATU NISAN MAK DI PAGI SYAWAL.
bila makan kuih tepung bungkus ... aku akan ceritakan pada wife aku, 'sebab kuih
ni la abg boleh pegi sekolah dan kuih ni lah yang membesarkan abg adik beradik ‘

Thursday, January 13, 2011

LUKA MEMORI SUNFLOWER






Kak pulanglah ya..tut,tut,tut..talian terus terputus, dihujung talian kedengaran suara ayah hasanah suruh pulang segera.



Astagfirullah rabbal baraya , astagfirullah mina khotoyaa…(deringan dan getaran bersahut-sahut)

Has, telefon awak berbunyi tu…has, haas, haas…panggilan salsabila tidak disahut lagi oleh hasanah yang masih terkejut dengan panggilan pertama daripada ayahnya yang meminta dia pulang ke kampung dengan segera. Fikirannya buntu dan keliru dan sedih bercampur baur.
Hasanah membisu, deraian air matanya luruh membasahi pipi gebu, getar bibirnya tidak lagi mampu bergerak untuk melontarkan patah perkataan.
Hmmm..tiada jawapan, tiada tindakan, tiada reaksi sahabatnya itu membuatnya hairan dan diangkat wajah hasanah perlahan …masyaALLAH! Has, what’s your problem ? pelukan salsabila yang hangat menguatkan lagi esak tangisan hasanah yang tidak mampu untuk menutur kata-kata pada sahabat yang sentiasa di sisinya itu dalam susah dan senang yang dikenalinya sejak pendaftaran pelajar baru haritu.

……………………


InsyaALLAH , kita akan sambung usrah pada minggu depan, moga pertemuan hari ini menjadi titik permulaan kita dalam berukhuwwah berpandukan aqidah islamiah. Tutur kata naqibah kak tim yang penuh keikhlasan dari lubuk hatinya menusuk ke dalam jiwa salsabila dan hasanah semasa pertemuan usrah kali ke –tiga mereka di tepi tasik tinggi astaka Tunisia yang menenangkan itu membuatkan jiwa hasanah benar-benar merasai ukhuwwah salsabila yang sedang memeluknya di saat itu.
Sebenarnya kak tim sengaja menghabiskan awal usrah hari itu , kerana melihat keadaan hasanah yang tiba-tiba menangis setelah mendapat panggilan telefon selepas satu jam usrah dimulakan, salsabila pula keresahan melihat sahabatnya menangis awal –awal lagi mengisayaratkan pada sahabat-sahabat lain serta kak tim untuk meneruskan usrah sedikit lagi dan dihentikan awal.
Ros, Amar, dan Husna saling berpandangan kehairanan mengapa sahabatnya tiba-tiba menangis dan membisu apabila ditanya..
Hasanah mengesat airmata yang masih tidak dapat ditahan lagi tersebut lalu mengeluarkan kata-kata yang tidak mampu untuk dia katakan saat itu. “mak Has sedang tenat di Hospital”.
Hanya itu sahaja kata-kata yang dapat diberitahu pada sahabat-sahabatnya, astaghfirullahal azim, has kenapa tak bagitahu awal-awal mak has sakit ? sekarang ni has nak pulang ke kampong ke ? akak akan atur perjalanan has untuk pulang, has jangan risau ya..has banyak-banyak doa dan zikir pada ALLAH, moga allah permudahkan urusan has dan urusan ibu has.
Kak tim…saya tidak mahu pulang kak..
Kenapa?tanya kak tim
has membisu ….Hmm, hairan lagi sahabat-sahabat mengapa has tidak mahu pulang sedangkan ibunya sedang tenat.
Astaghfirullah rabbal baraya , astaghfirullah mina khotoyaa…handphone dibiarkan sahaja berbunyi kerana dia telah mengetahui panggilan tersebut adalah daripada abang iparnya menyuruhnya pulang segera..


Salsabila, ros, husna dan amar hanya senyap seribu bahasa untuk memahami tindakan pelik sahabat yang dalam kekeliruan, mereka hanya membiarkan kak tim yang lebih arif untuk berkomunikasi dengan hasanah sendiri. Yang peliknya kak tim hanya tenang dalam menghadapi anak usrah yang dalam keadaan keliru dan bersedihan tersebut. Jelas terpancar sifat seorang kakak yang penuh hikmah mengendalikan adiknya walaupun tidak dikenali rapat.
Setelah setengah jam memujuk dan cuba memahami situasi hasanah, dia tetap tidak mahu pulang dan deringan telefon yang entah ke berapa tidak di layan seterusnya di jawab oleh kak tim sendiri.


Assalamualaikum wbt. .sahut kak tim kepada pemanggil telefon tersebut, mak ucu pulanglah, esakan si kecil berdengung di telinga kak tim tatkala handphone di jawab.
Adik , ni bukan mak ucu, ni kawan mak ucu,,,ada ape-ape ke adik nak sampaikan?
Mana mak ucuu ??? nenek dah meninggal, mak ucuu baliklah..
Innalillahiwainnailaihirojiun… sebut kak tim
Mak has dah pergi, has betul x nak balik? Has menggeleng kepala tanda tidak akan pulang dan dia tetap dengan keputusan nya yang awal tadi..dalam masa yang sama has menangis makin kuat dan berselang-seli dengan bunyi air terjun buatan di tasik tinggi astaka Tunisia itu.
Hmmm..ayuh kita pulang ke bait jannah dulu ya, apa-apa disana nanti bincang lagi..lagipun esok adik-adik ada temuduga kan.
Selepas hantar Ros, Amar dan husna ke bait adnin, juara kak tim meluncur ke bait jannah pula . dalam kereta semua diam seribu bahasa, turut merasai kesedihan hasanah yang baru kehilangan ibu nya.

…………………………………….


Sodaqallahul aziiimm.. maha benar allah, tuhan yang maha besar,,yasin ditangan hasanah masih ditatap lagi dengan rasa tenang dengan aura kalimah-kalimah dari jantung al-quran yang baru dihabiskan sebentar tadi. Yasin disedekahkan kepada arwah bondanya yang telah tiga minggu menghadap ilahi.
Ibu…maafkan has bu..ampunkan has bu…otaknya ligat berputar kisah 3 tahun lepas..
Malam khamis tu,,..prannng!!!! pinggan di dapur pecah. macamana kamu buat kerja has?!!marah ibunya yang baru sahaja kebah dari demam terkejut anak saudaranya yang disambar petir semasa main bola sepak..
Maaf bu, has tak sengaja…
Tak sengaja apa, pinggan sebiji pun x larat nak pegang elok-elok,!!!,tiba-tiba kata-kata ibunya hanya sayup-sayup sahaja apabila kepala nya pening dan terus pengsan.
Anak puan mengandung 8minggu ..tahniah!!!kata DR . Sina Abdullah dengan wajah gembira
Hah?!!Bagaikan guruh bersabung kilat menyambar jantung hati ibunya dan juga dirinya,, terkejut mengetahui dia mengandung.
sebaik sahaja tiba di rumah…ibu tidak dapat kawal lagi perasaan marahnya terus menampar dan menghamburkan kata-kata yang tidak sepatutnya di ucapkan oleh seorang ibu,, hingga akhirnya ibu berkata..jangan kau jejak lagi rumah ni sampai aku mati sekalipun, kau dah menconteng arang di muka aku dan keluarga ni, sekarang pilihlah jalan hidup kau sendiri.
ampunkan has bu, ibu ampunkan has bu, has tak sengaja bu…bu dengarlah penjelasan has dulu bu,,


ibu bagi kau peluang untuk duduk di rumah ni sampai lahirkan anak kau ni, tapi dengan syarat selepas itu kau boleh pergi dari rumah ini dan jangan jejak lagi rumah ni. Faham!!!?
Has termenung dalam bilik memikirkan kejadian yang menimpa dirinya, adakah dia harus menyalahkan dirinya sendiri atas apa yang menimpa tanpa dipinta, padahal perkara tersebut terjadi bukan diatas kerelaannya. Tapi Has merasakan satu kepuasan , orang yang menjadikan dia begini telah dibalas oleh ALLAH dengan panahan petir yang tidak boleh dijangka oleh manusia.


Kakak has, satu-satu saudaranya yang mengetahui kisahnya, masih mempercayai dirinya dan mengambil berat tentang has semasa mengandungkan hafiz. akhirnya tiba waktu yang dinantikan serta mendebarkan ,seluruh tenaga has telah dikerahkan untuk melahirkan insan yang sangat suci ke atas muka bumi Allah ini, alhamdullillah dengan berkat kasih sayang ALLAH, akhirnya bayi comel yang diberikan nama hafiz berjaya melihat dunia yang penuh memori untuk ditempuhinya akan datang.
Kakak, kakak jagalah hafiz seperti anak kakak sendiri,,saya akan tunaikan janji saya dengan ibu, kata has dengan sebak. setelah habis pantang, hafiz diberikan pada kakak dan abang iparnya , kebetulan mereka masih belum dikurniakan cahaya mata setelah 3 tahun menikah.
Has pergi dari rumah itu menjelang subuh berjalan tanpa arah dan dengan limpah kurnia Allah yang memberi rezeki has berpeluang menyambung pelajaran di sebuah MAKTAB perguruan hasil daripada hubungannya dengan kakak dan abang iparnya.
Hafiz , hafiz, hafiz…..jangan tinggal kan mama fiz


……………………………
Has ….bangun, kita kena bertolak ke KLIA sekarang,,kejut salsabila yang sudah bersiap-siap merapikan tudung labuh yang baru dibuatnya.
masyaAllah!! terlena rupanya lepas baca yasin tadi..
Dalam perjalanan ke KLIA, salsabila sempat mengusik has..
Ada orang tu tadi mengigau menyebut nama seseorang, ada apa-apa ke sampai termimpi-mimpi..ehem,ehem..
Has tersenyum dengan gurauan salsabila,,dan sempat menjeling manja pada salsabila sahabat karibnya itu, hatinya tenang dapat mimpikan anaknya yang sudah pandai bercakap dan bijak mengomel tatkala kadangkala bertemu dan bercakap dalam telefon.
Hafiz akan tahu satu hari nanti orang yang dipanggil mak ucu itu adalah mamanya yang selalu dia rindukan dan sangat dia sayangi jika bertemu dengannya. Walaupun dia anak yang dilahirkan sebelum menikah dan namanya di binkan dengan nama Abdullah, dan ditakdirkan Allah abang iparnya juga bernama Abdullah.




pena : Pen ungu